Friday, November 18, 2016

KITAR SEMULA


MAKSUD KITAR SEMULA
Kitar semula adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan Pembaziran, Guna Semula, Kitar Semula" hierarki buangan.

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

  • Kertas
Kertas adalah salah satu bahan yang cukup banyak digunakan dan boleh dilihat hampir dimana-mana sahaja. Didalam rumah, pejabat, sekolah, kedai, hotel, kereta, tandas dan dimana-mana sahaja pasti akan ada kertas atau produk yang diperbuat daripada kertas.





  • Kaca
Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, dan secara biologi merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.



  • Plastik
Plastik adalah istilah umum bagi polimer, material yang terdiri dari rantai panjang karbon dan elemen-elemen lain yang mudah dibuat menjadi berbagai bentuk dan ukuran. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain.


  • Aluminium
Aluminium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol A1 dan nombor atom 13. Ia merupakan ahli kumpulan dalam unsur kimia yang bernama logam lemah dan mempunyai ciri keperakan dan mulur.



  • Pakaian
Pakaian ditakrifkan sebagai penutup anggota badan dari hujung kaki hingga hujung rambut.





AKTIVITI KITAR SEMULA



Pinggan kertas ataupun polisterin dijadikan beg comel.

Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu-bata simen dinding pagar.

Hasil seni hiaan dinding yang sangat indah dan memukau pandangan dengan menggunakan kotak dan sudu plastik terpakai.

Bungkusan kek cawan yang menarik dibuat dari botol plastik.

Penyangkut baju dawai diubah menjadi penggantung koleksi kasut.

Hiasan dinding yang menarik dan menawan dihasilkan dari gelung tape dan bulu tangkis.

Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang.

AKTIVITI YANG LAIN

Program Kitar Semula

Inovasi Bahan Terbuang

Kitar Semula untuk Didermakan



LAPORAN AKTIVITI KITAR SEMULA

Nama Projek:
Amalan Lestari Kitar Semula

Pengenalan Projek
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan kepada semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar Semula. Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah.

Matlamat Projek
Menjadikan warga sekolah sedar dan bergiat aktif dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

Objektif Projek
  1. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
  2. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktivit mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
  3. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
  4. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
  5. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan emberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Faedah Projek
  1. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  2. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti penjimatan penggunaan air dan tenaga elektrik., cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan yang tidak berguna.
  3. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar semula.
  4. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dan hasil jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan.
Aktiviti Yang Dijalankan

Program Kitar Semula

Pameran Kitar Semula

Gotong-royong Perdana

Inovasi Bahan Terbuang


BERITA AKTIVITI KITAR SEMULA





KEPENTINGAN KITAR SEMULA

KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dari bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi unuk generasi akan datang.
KEPENTINGAN KEPADA ALAM SEKITAR
  • Mengurangkan penghasilan air laut lesap dan pelepasan gas metana yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah


PROGRAM 3R


  • Pengurangan (Reduce)
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.

  • Penggunaan Semula (Reuse)
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebagainya daripada bahan yang masih boleh digunakan.

  • Kitar Semula (Recycle)
Mengubah bahan buangan menjadi sesuatu yang berguna.

3R